Oktober 2012 ➡08.02.2015
Hari ini Amila sms untuk datang ke rumah aku. Lalu aku keluar di belakang rumah, kebetulan Amila memberhentikan motornya di belakang rumah jiran. Mahu tak mahu aku terpaksa juga menuju ke situ. Sedang leka berborak dengan Amila, adalah satu mamat yang menunggang motosikal ex5 merah melalui depan kitorang. Amila yang menghadap aku tidak perasan akan kelibat mamat tu. Pandangan aku masih lg pada mamat itu, kemudian tiba-tiba sahaja aku perasan yang mamat itu sedang tersenyum. Aku mula berpaling ke belakang dan tepi , mengintai adakah lagi perempuan selain aku, mana tahu kot die senyum dekat orang lain. Tapi tiada ! Hanya aku sahaja. Dan, aku pasti senyuman yang dihadiahkannya itu untuk aku! 😍 pantas aku membalas senyuman nye itu. Aku mula Memberitahu Amila akan kelibat mamat itu kepadanya.dan memberitahu apa yang berlaku sebentar tadi , dan dia juga pantas mencari kelibat lelaki itu yang sedang berborak dengan temannya yang baru hadir di rumahnya itu. Aku mula memuji lelaki itu hensem dan Amila juga mengiyakan segala yang aku kata. Tak lama kemudian ajem pon datang iaitu kawan lelaki aku. Kehadirannya tidak berapa aku endahkan takut Amila segan pulak.
Selepas berfikir dua tiga kali juga aku berfikir hensem ke tak hensem lelaki tu dengan Amila tadi. Dan ketika pulang ke rumah masih juga fikiran sama di otak ini. Pantas aku mula bertanya pada adik beradik aku akan nama lelaki itu. Aku mula lah bercerita apa yang berlaku petang tadi tapi mereka hanya mengiyakan segala kata-kataku. Pantas handphone dicapai, aku mula membuka facebook dan menaip nama rinkasnye, dan! Yeayyhhh! Aku jumpa akaun fb nya.. pantas butang add aku tekan berharap sangat dia akan mengaccept aku sebagai friendnya.
Entah keesokan hari atau beberapa hari kemudian dia mula mengacceptku sbg temannya di fb. Yang aku herannya, kakak aku add, dia tade terima pula. Dan kebetulan aku taruh mukaku di fb untuk dia senang mengenali diri ini. aku mula menghantar chat kepadanya, bertanya adakah dia tinggal di kampung???? Lalu dia balas, kan dah tahu. Aku pon bertanya kembali adakah dia mengenali aku? Dia kata tidak. Lalu aku meminta no handfonenya, tapi soalan yang sama diajukan olehnya. Pantas aku memberi no handpone ke . Dan apabila pulan dari sekolah keesokan hari kelihatan no yang tidak dikenali mengsms aku dan aku agak itu dia. Yeayyhhh, TEPAT! ITU DIA! 😋
Kebetulan pada bulan oktober ini salah seorang adik beradiknya melangsungkan perkahwinan, aku dan family ku mengjoiNnya. Seriously, aku perhatikan dia yang segak memakai baju Melayu berwarna mustard itu. Sesuai dengannya yang tinggi lampai itu. Sedang otw mengambil nasi aku terdengar bunyi suwit2 macam tikus tu, dan aku lihat dia hanya berdekatan dengan aku. Aku agak dia sudah perasan akan aku. Tapi aku masih keliru, adakah bunyi itu dari dia? Kerana wajahnya hanya bersahaja. Aku tidak pedulikannya.
Pulang ke rumah, aku mula sms nya. Dan dia beritahu dia sudah mengenali aku. Dia mula mengajak aku keluar untuk mengenali diri masing2 lebih dekat. Aku bersetuju. (21.10.12)
Kitorang mula menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih. Dalam diam aku sudah jatuh cinta pada dia. Eh! Lupa! Aku dah jatuh cinta dengan dia sejak pandangan pertama lagi. Aku cair melihat senyumannya itu. Setiap hari aku mula menghantar sms padanye, dan pengakhiran mesej , dia yang mengakhirinya dengan tidak berbalas apa2. Bosan maybe. Walaupun aku sedar aku seakan syok sendiri, tapi aku tak kisah sebab aku betul2 cintakan dia dan ingin dia jadi milik aku.
Seriously, aku takkan menjalinkan hubungan dengan siapa2 yang mengaku sudah berpunya. Dan dia, langsung tidak mengaku yang dia sudah berpunya. Dia kata dia single, tiada siapa yang menginginkannya dan pantas aku mengambil peluang yang sudah didepan mata ini. Hish, aku ingat lagi! Kebiasaan aku yang selalu membuat permulaan sms dengannnye. Dan dia juga pernah membuat permulaan sms dengan aku, tapi waktu aku sekolah, tak mungkinlah aku dapat balas kan? Kecuali kalau aku tak pergi sekolah. Hari itu aku hantar sms padanya, dia beritahu dia sedang pusing kampunG dengan anak buah nya. aku mula keluar rumah, dan itu benar. Aku lihat dia sedang menunggan ex5 nya itu bersama anak buahnya. Aku mula memberitahu okay, nanti sy sms awak semula. Dan dia pon berkata okay kembali. Mungkin disebabkan aku beritahu aku akan sms nya semula tapi tidak juga sms aku sampai, hati doa mula tergerak untuk sms aku. Dab aku trima sms dri dia yang memberitahu "kata nak mesej semula! Aku pon mula lah senyum macam kerang busuk. Padahal aku saja je xnak sent mesej dulu nk tgok reaksi die camne. Aku mula memberitahunya ni adalah kali pertama dia memulakan sms, dan dia agak terkejut. Tp senyuman aku masih tak dapat dberhentikan sbb terlalu gembira 😍😜
Bila aku lihat dia biase2 saja dengan hubungan ini , aku mula tidak ambil serius akan hubungan kitorang. Satu hari pada 1 disember 8 malam . Aku telah bertemu seorang lelaki yang aku kenal di fb . Walhal ketika itu , aku sedang bergaduh dengan lelaki ni kerana memaksa aku keluar dengannye tp aku tidak mahu tp dia tetap memaksa . Dan disaat pergaduhan mulut sedang berlaku, aku terdengar bunyi hon kereta dari belakang , dan aku lihat keretanya baru sahaja melepasi aku dan aku tahu itu dia . Tapi kenapa? Kenapa dia harus peduli apa yang telah aku lakukan ? Aku tak senang duduk . Aku mula sms nye denganemberi pelbagai alasan tanpa aku hiraukan lelaki tadi yg di hadapan ku ini . Aku mula melangkaHkan kaki untuk pulang. Aku terima sms darinya dan dia memberitahu jika aku nak bersama dengan lelaki itu dia tak kisah. Dan aku, ? Telah aku memberi pelbagai alasan , tapi tidak diendahkannya. Dan ketika itu aku tahu dia ingin mengakhiri perhubungan ini. Dan aku tidak dapat memujuk dan menghalangnya dari berlaku. Apakah yang terjadi? Kenapa dia perlu bunyikan hon keretanya ketika melihat aku bersama lelaki itu? Adakah perasaan cemburu terselit di hatinya untuk aku? Ataukah dia saja mengambil peluang itu untuk mengakhiri perhubungan ini? Entah, aku pun tidak tahu . Setiap hari aku sms nye , tp tiada balasan . Yang akhir aku terima ialah , "guane perasaan awk kalu tgok sy dgn prmpuan lain?" "Tentulah sy jealous" "hmm, tau pon" ..so? Cemburu ke maksud die?
Puas aku memujuk, tapi tidak diendahkan. Dan pantas aku nekad untuk tidak sms nya lagi. Sehinggalah tiba bulan januari 2013. Ketika itu aku dan Amila ke pasar malam, aku muka sms nombornya . Tpi , hampa la weyh . Dia dah tukar nombor. Mungkin tak nak aku mengganggu dia . Tpi , ok lah . Nombor tu dia bagi mak dia pakai . So , tnpa diminta no lama dia tu bagi no baru dia kat aku. Aku mula sms nya dan memberitahu ini aku . Tapi ok la dia still balas sms aku . Mybe dia dh lupa perkara yang terjadi bulan lepas.
Satu Malam itu aku baru saja balik dripada mengambil cop jkkk , dan singgah ke kedai untuk membeli sesuatu. Lalu , aku terperasan ade sorang lelaki yang lalu di hadapan mata ini . Dan itu dia. 1st tembung lpas putus. Dia senyum , aku pon senyum semula. Ntah sape yg mulakan senyum dulu. Aku mula brtnya ."mcm mane skrg?" Seriously aku tahu nk ckap apa . Debor kot . "Biase2 je" balasnye. aku pon blah , aku syak dia nk pergi naika kete die . Rupenye die pon same nk g kedai . Weh , semerbok bau wangi die. Aku terlalu lama di kedai , saje2 buat2 lambat . aku lihat die mengambil roti . Mungkin dia lapar wktu malam2 camni .
Pulang saja di rumah , aku mula menerima sms darinya . Adoo, cepatnye dia sms aku. Selalu sms perkara yang sama je kat aku. Entah mahu layan atau ttidak, layan je la. Aku pon rindu giler dekat dia ni.
Lepas pertembungan hari tu, hubungan kitorang kembali pulih. Tapi tidak lagi sebagai pasangan kekasih. Just sebagai kwan biase. Sms pon tidak seperti dulu lagi. Biase sms aku yg dulu dia balas. Tp tidak lagi kini. Dia tidak membalas sms aku melainkan dia yang mula menghantar sms. Ok. Aku tak kisah. Asalkan aku masih dapat melihat wajahnya dan berhubung dengannya aku lega.
Genap setahun aku mengenali dia. Jelas, aku masih cintakan dia. Dan, aku pasti dia tahu akan perasaan aku padanya. Tapi aku juga tahu dia tidak dapat membalas perasaan itu. Mungkin sebab aku bukan taste dia. Tapi aku maaih lagi seperti dulu. Yang selalu mengikut kehendak diri yang ingin selalu mencintai dia merindui dia. Seperti selalu, dia mengajak aku menemani dia. Seperti biasa kitorang hanya diam di dalam kereta. Tiada apa yang ingin dibualkan. Eh silap, bukan tiada apa. Dalam fikiran ku penuh dengan persoalan intuk ditujukannya. Tapi semua tu , tak dapat aku luahkan. Aku takut dan kadang aku takut segala persoalan aku tidak dibalassnya.
Dan hari ini bertarikh 04.04.2014 Jumaat menjadi salah satu hari bersejarah dalam hidupku. Aku sefamily dipelawa oleh kakak iparku untuk pergi makan dan bersantai. Aku tidak sempat untuk menyeterika selendang lalu aku menarik sehelai shawl yang tidak pernah aku pakai di luar sbb aku tak pandai nak pakai shawl. Ku pakai kan biase2 saja. Pantai Intan dituju oleh kami. Sampai di foodcourt berhampiran pantai, kami mula mengorder. Tidak berapa kemudian, minuman sampai.